Thursday, October 20, 2011

D.I.E

I want to die with my forehead on the ground

The Sunnah in my heart
Allah on my mind
Quran on my tongue

.
.
.


and tears in my eyes



Saturday, October 8, 2011

Alasan Popular Enggan Tutup Aurat

ALASAN YG PALING POPULAR BG WANITA YG ENGGAN MENUTUP AURAT..
SAMA2 KITA RENUNG2 KAN 


1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke ??  Dik yang pasti, tak tutup aurat, CONFIRM masuk neraka. 

2. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok > Dah lalu lalang depan mata, Suka tak suka kene tengok gak. Adakah kita berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati 
suci & iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan ? 

3. Kami rasa apa yg kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yg memandang kami. > Seksi @ tidak, kita tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut . 

4.Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang & puasa. Kita yakinkah,ibadat kita,puasa kita sudah cukup untuk menjamin kita ke syurga? 

5. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.Anda sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama anda disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik anda. 

6. Apa yg kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan. Berani cakap di dunia, berani ke cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya. 

7.Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)  Sanggup patuh arahan mereka yg hanya manusia daripada patuh suruhan Allah? 

8. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru. Macam ne seru tu. Nasihat yang di beri tu seru ler. Nak seru macam ne lagi.?? Mati tidak mengenal usia. takut kita tak sempat nak bertaubat nanti. 

9. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la. Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jgn ambil lagi nyawa aku. 

10. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya. Kalau begitu anda sebenarnya memang hipokrit . Ikhlas ke tak Ikhlas lain cerita ,yg penting WAJIP buat. 



.
.
.

Sekadar teguran buat diri yg alpa,tanpa terniat untuk menyakiti sesiapa. Teguran menunjukkan tanda sayang orang terhadap kita. Dalam hidup jangan jadikan alasan tu satu halangan. Alasan di beri merupakan halangan dalam hidup kita untuk tidak mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat. Islam Indah dan merupakan kejayaan dalam kehidupan.



Tudung Labuhku

Mencari Diri
Jangan tertipu dengan tudung labuhku kerana itu bukan pengukur iman seseorang. Jangan tertipu dengan tudung labuhku, aku hanyalah seorang muslimah yang masih lagi dalam proses mencari kemilau cahaya Islam sebenar, berusaha menjadi muslimah solehah, tapi bukan bermaksud aku adalah manusia sempurna. Tapi dengan tudung labuhku, aku berusaha mencari redha Allah. -Muslimah-

Tuesday, September 6, 2011

Hari Pertunangan

1 September 2011

za bersama mak abg amri

abg amri bersama abah za

za & amri

 7 hantaran berbalas 9. hantaran ni adalah untuk pihak lelaki.. yang digubah oleh za & my sisters... hehe (bajet murah kalau gubah sendiri...) hehe
kemeja

cincin

cupcakes

grapes

kain 

tuala

pulut semangat

coklat+cekelat...hee

kek

Sunday, August 14, 2011

Dia & Rama-rama


Lihatlah rama-rama, ia cantik. Apabila pandangan kita dihiasi rama-rama, kita menjadi suka dan ceria. Hampir semua orang akan tersenyum melihat rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Seindah mana pun bunga tanpa rama-rama mahu hinggap di situ, tentu ada sesuatu yang tidak kena.

Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan hidupnya. Dia terpaksa membebaskan diri daripada kepompong. Bukan mudah untuk keluar daripada kepompong yang mengikat itu. Sedangkan sepanjang berada di dalam kepompong tiada siapa pedulikannya, malah tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci.Sulitnya untuk akhirnya bergelar rama-rama. Terpaksa melalui kitaran dan evolusi bentuk. Daripada sesuatu yang menjijikan akhirnya bertukar menjadi sesuatu yang amat menyenangkan.



Cubalah tangkap dan pegang rama-rama itu dengan sayapnya. Lihat apa yang melekat di jari anda,warna dan corak rama-rama itu telah berpindah ke jari-jari anda. Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tapi lebih terbuai oleh angin. Siapa pun yang akan menangkapnya kembali tidak tertarik padanya lagi. Harganya telah tiada untuk dikagumi, disimpan mahukan diawetkan.




Namun rama-rama tidak pernah tahu dia itu indah dan sentiasa menjadi sasaran manusia. Jika anda tidak pernah tahu kewanitaan anda itu adalah sasaran terpenting sang penceroboh, anda ibarat rama-rama yang tidak sedar diintai bahaya.Mahalkan harga diri anda. Semakin sukar anda dimiliki semakin mahal nilai anda di sisi lelaki. Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki tetapi tidak mahu setia apalagi memelihara dan melindungi anda. 


Rama-rama adalah contoh terbaik wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka. Sewaktu anda dipuja, usah terlalu mabuk sebaliknya kenang-kenang kehidupan serba susah sebelum itu. Sewaktu anda digoda, dihambat dan dirayu usah terlalu mudah menyerah sebab ingatlah mereka yang bersusah payah memastikan anda dapat bangkit sebagai manusia sempurna hari ini. Anda tidak muncul sendiri, sebaliknya anda adalah lambang pengorbanan ibu bapa.Usah jadi rama-rama yang di dalam bingkai gambar, indah dipandang tetapi diri sendiri menanggung beban. Hiduplah dengan bebas dan terjemahkan kebebasan itu kepada nilai-nilai murni yang perlu dipertahankan. Hak anda ialah memelihara kehormatan. Selama mana anda memelihara kehormatan dan maruah diri anda berada pada terbaik, sebaik sahaja anda tidak peduli kepada siapa maruah itu hendak diberikan, anda sudah kehilangan masa depan.



 Cinta itu terjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang penuh ikhlas. Selama mana anda belum menemuinya anggaplah diri anda masih berhak terbang bebas bagaikan sang rama-rama.Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam, jadilah wanita yang membanggakan semua orang. 

Artikel dari: www.iluvislam.com
Gubahan: Cik Ha


Tuesday, August 2, 2011

t.u.n.a.n.g

ahhaa.... cam kureng je kan post kali ni... hahaha

erm..... tak lame lagi, za akan bergelar tunangan orang... :)

insyaAllah raya puasa ni, kalau tade aral melintang, tade halangan, za bakal ditunangkan dengan Mohd Amri bin Che Ibrahim. 

Za berharap semoga dia menjadi jodoh za dunia akhirat... Amiinn...

tapi, za ase buat kecik2 jer... sebab abang za masih kat hospital... lagipun, persediaan yang dibuat tadela seberapa... wat cukup syarat je... ikut adat.... 

:) LOVE YOU (:

Salam semua.. da lama rasenyer tak update blog neh... hee~
sibuk y amat.... 

saje nak upload gambar2 ni... 
^__~''


Friday, January 28, 2011

My 47 minutes SURVEY

Mula pada 6.20pm

(tagged on 22nd january 2011 by MENCARI KETENANGAN)

Name : Siti Zareha binti Azahari
Brother (s) : Zainuzzaman (married), Zakhairuddin (it's c0mplicated), Zamree (in realtionship), Zulfahmi (not sure)
Eye's Colour : Black Maybe.. hak3 ^,~
Shoe's size : -7/8
Hair : Mahkota saya, Rahsia saya ^____~
Piercing : Tak Paham
What are you wearing right now : Baby T MickeyMouse, Long Skirt
Where do you live now : Kelantan 
Favourite Number : 20, 9
Favourite Drink : Coconut Blended
Favourite Breakfast : Bread
Broken a bone? : Alhamdulillah... tak penah
Been in a police car : tak penah jugak... h0h0
Fallen for a friend : Lalalalalala~ itu dulu
Fallen for a guy in a short of time : I'm in love
Swam in the ocean : Bantuan Life Jacket.... hehe
Fallen asleep in School : Penah
Broken someone's heart : Hahahahaha~ 
Cried when someone died? : only if that person is the closed one..
Sat by the phone all night waiting for someone to call : Penah
Saved e-mails : Yes
Been cheated on : hmmm....

WHAT????
what is your room look alike : cantek.... hehe sbb ni bukn bilik saya... kat bilik kawan.. menumpang sbb  bilik tengah kna wiring...
What is right beside you : handphone
What is the last thing you ate : Dadih strawberry

WHO???
Who did you last yell at : my roomate.. hehe suke jerit2 nama2 die... AIN....!!
Who was the last person you dance with : Ramai... gi senamrobik kat Tasik Cempaka... dancing sket2... :p
Who last made you smile : My Heart... i'm SMS-ing...hehehe

FINAL QUESTION..
What are you listening right now : Keybord Typing Sound...
 What did you do today: Going to class as usual, main kompang untuk MPPB, Latihan Gamelan...
Are you the eldest : nop2....tidak... saya the youngest... weeekk...
Indoors or outdoor : Both

TODAY YOU DID..
(aip..asenye tadi da last question.. macm banyak lak plak... huhu)
Talk to someone you like : Of course... takkan dengan orang y kita taksuka plak..
Kiss Anyone : My Parents.. hehe
Sing : yuh... tadi.... hehe Kembara di Tanah Gersang.. haha 
Talk to an Ex : saya penah kapel ke sebelum ni... hahaha
Miss Anyone : not ANYone but EVERYone... hehe
Eat : Elaun Masuk.. makanan pun MASYUK jugak... hehe

LAST PERSON WHO...
You talk to on the phone : MAMI Zathul..... My besty Fwen...
Made you Cry : ZUKIRANI... i love you, dear friend.... 
You went to the Mall with : Nurnadhirah...
Who cheered you up : everyone around me... they are all the bestest....:) tq

HAVE YOU...
Been to Mexico/USA : nop!

RANDOM...
Have a crush with someone : Besela...
What book are you reading right now : Nota Hati Seorang Lelaki
Best Feeling on the world : Bila Baca Quran.... Dengar Ayat2 Allah...Subhanallah
Future Kids' Name : Nanti Bincang dengan Abang..
Do you sleep with stuffed animal : Tikus... haha MICKEY MOUSE
What is under your bed: Nothing
Favourite sport : Volleyball, Badminton
Favourite Place : Bilik Muzik... weeee
Who do you really hate : Jangan simpan dendam
Do you have a job : belum...

What is the time now : 7.07 pm
(Survey = SMS-ing + sembang2 +turun bawah amek makanan + menaip soklan)

Saya nak Tag
Cikgu Besar
Buah Hati 
Cik Attoea
Cik Syud
Followers

Sunday, January 16, 2011

LOVE dedication






Contest Blog Paling Comel

Contest Blog Paling Comel?? hehe
nak gak join... (walaupun blog ni simple2 aje)





syarat-syaratnya

 warga negara MALAYSIA .

 semua jantina diterima

 ada blog! takder blog .. ditolak !

 kena follow blog aku.. tak nak follow takper.. tak der paksaan :) 

 tag 4 orang rakan anda , yang anda yakin ley join


tarikh tutup

5.2.2011 ... itupun melebihi 100 orang penyertaan .


hadiah

DUIT menanti anda !

nak tag :

SESAPE AJER.... :)

Saturday, January 8, 2011

Hujan ke ni??

aih... ujan ke ni....
sesiapa sahaja yang pernah tinggal d asrama yang bertingkat2 dimana ampaiannya depan beranda je...
kepada sesiapa yang rajin bangun awal2 pagi membasuh baju sebab ampaian tu terhad jadi sape cepat die dapat la... jadi,.. baju pun tersidai la sehingga ke tengahari sebelum tragedi itu bermula... 


jenguk2 luar bilik... da tengahari... baju yang agak2 kering2 lembap gitu masih mahu menyidaikan dirinya di ampaian dek kerana kelembapan yang tak berapa sesuai lagi untuk dilipat dan diletakkan di dalam locker....
kita d aras bawah ni haish.... paling tak tenteram atinya... MySpace selalu kena jenguk baju tu.... bukan sebab takut baju dicuri ke hape ke... cuma... takut2 hujan di tengahari... hujan yang terhasil dari titik2 halus berbau wangi dari baju2 yang disidai di aras2 yang lebih tinggi... 


oleh itu,...
tolong lah jaga hati orang2 bawahan ni... kesian la kami... huhuhu
jadi tolong lah patuhi peraturan jmur pkaian... kalaw da ase terlewat bgun pg ke, pg la spin dlu baju tu... 
MySpaceingat tu.... (pesanan ni ntuk dr sdri jugak) ^___~

Wednesday, January 5, 2011

Ragam Murid

sekarang adalah minggu pertama untuk sem 3.. beberapa bulan akan datang, za akan ke sekolah untuk mengikuti PBS yang ketiga... tetiba plak teringat moments masa PBS ke2 di SK Ketereh... pada hari terakhir PBS adalah pada hari khamis.. Guru Besar adakan perhimpunan sempena pembahagian wang zakat kepada murid yang susah dan memberi hadiah kepada para pemenang pertandingan azan dan iqamah yang terbuka kepada murid tahun 4, 5  dan 6. 

Ini adalah antara gelagat murid yang dapat za rakamkan sepanjang majlis perhimpunan berlangsung.. 

aiii..menung aje cik adik yer... hehe



penat yer.. meh sy urut.... ^,~

pandang depan!!
aiyak....belakang sakit da.... @__@
Apa pandang2 haa!!
*cumel kan diorang nih..... hehehe~

Tuesday, January 4, 2011

Bila Rindu

ini desktop background lappy xar....
rindu die... :)

Monday, January 3, 2011

Lucky Draw

first of ol..
thanks to twin 4 this lucky draw..

adakah saya adalah antara blogger2 yang bertuah.. hehe


saya belum taw nak tag sape ag... huhu