Friday, May 17, 2013

Al Kisah Doa Qunut

Assalamualaikum...

Semalam Hari Guru... jadi Za nak ambil kesempatan nak ucapkan Selamat Hari Guru buat semua guru di Malaysia.... hee~ Za masih lagi guru praktikal...

Ada kisah yang Za nak kongsikan yang diambil sepanjang Za menjadi guru praktikal. Kisahnya bermula begini......

Pada suatu pagi.... Za perlu ganti kelas Tahun 5. Za masuk kelas macam biasa... tapi... Mereka memang sangat-sangat-sangat nakal terutama lelaki.. Za dah cuba buat segarang mungkin tapi semua tu tak ada kesan langsung pada murid... Budak-budak perempuan semuanya baik-baik je... heee Za pun ke belakang kelas. Saja nak duduk bersama budak-budak laki tu..

Za tanya, "pagi tadi semua solat subuh/"...
Mereka jawab.. "Solat"....
Za tanya budak yang palinggg nakal dalam kelas tu.. sebab Za nampak dia yang kuat membuli kawan2 dia..
"Haaaaa~ Cuba baca doa qunut, cikgu nak dengar... hee~"
"Cikgu, qunut panjang ke qunut pendek?" (Hmmm dah agak budak ni akan jawab macam ni)
"Qunut yang betul2 punya"
"Saya baca qunut panjang la cikgu ye... Qunuuuuuuuutttttt (sambil buat muka)."
"Haaa~ ni solat subuh ke tak pagi tadi ni, kalau solat mesti taw baca doa qunut....?" (saja perangkap budak)

Lepas tu, ada seorang budak ni (mangsa buli budak nakal) jawab Za.
"Cikgu, saya tau baca doa qunut. (Dia baca sampai habis)."
"Alhamdulillah, haaa~ sekarang kamu pula baca (sambil tuju kepada murid lain yang lebih kurang nakal macam budak tadi)."
"Allahumahdinifimanhadait,........... (boleh baca tapi sekat2, tapi tak apa.. Alhamdulillah... sekurangnya dia berusaha nak baca)

Lepas tu, za tuju balik pada budak nakal tadi,..
"Haaa~ kawan2 awak boleh je baca, sekarang awak baca..."
"Cikgu,... errrr tatau la cikgu..."
"Ok, sekarang ikut cikgu baca......(doa qunut)"

"Awak ni nakal sangat, suka buli orang, kalau awak boleh baca doa qunut, cikgu respek awak, tapi kalau tak boleh... awak ni takdelah hebat sangat..... (saja psiko budak...heee~)
Budak tu nampak diam sikit.. dah tak buat nakal dalam kelas masa tu... mungkin terkedu sebab budak yang selalu dibuli tu boleh baca, dia pulak nakal tapi doa qunut pun tataw... atau mungkin sebab dia fikir dia tak lah hebat sangat sebab ada perkara yang dia masih belum tau..
"Takpe, lepas ni hafal, dan jangan tinggal solat subuh ye... :) , haa~ nanti kalau terserempak ngan cikgu, cikgu tanya lagi".
"Ok cikgu"

Lepas kejadian tu, tiap kali terserempak ngan murid tu Za akan kejar dia sampai dapat dan suruh dia baca doa qunut... Selagi dia tak dapat, Za akan tolong bacakan dan dia ikut. Sampaikan dia panggil Za dengan gelaran "Ustazah Qunuuutttt". Tak kisahlah janji budak dapat hafal.. Tapi Alhamdulillah.. murid tu akhirnya dapat gak baca walau tersekat2.. Kadang-kadang terfikir, tak kisah pun murid nak panggil apa, tapi asalkan bila nampak kita, dia akan teringat akan sesuatu.. Za harap dia akan sentiasa baca doa qunut dengan betul dan tak tinggal solat lagi...

Sekian.... Alkisah Doa Qunut.. Ustazah Qunutttt.... heee~

(Kenangan Praktikum di Sekolah Kebangsaan Saujana Impian)

Doa Qunut dan Terjemahan

Thursday, February 7, 2013

Cikgu, Ustazah atau Teacher?

Sejak mula-mula menjejakkan kaki ke sekolah sebagai guru praktikum.... Murid-murid selalu akan panggil saya ustazah... eh eh cikgu... eh eh ustazah la.... takpun teacher sbb sy ajar Matematik dalam bahasa Inggeris (konon.. English la sangat)... heee

Saya tahu... disebabkan imej saya yang bertudung labuh sikit daripada cikgu2 lain... murid akan terus melabel ustazah... tapi saya tak kisah pun.. ustazah pun cikgu juga... heee

Praktikum kali ni.. murid-murid Tahun 5 selalu datang jumpa saya dan bertanyakan Matematik... tak kira waktu luang atau waktu rehat... tapi saya suka.. Mereka siap bagitahu lagi... cikgu... nanti kita tuisyen lagi ye.. nanti malam saya datang rumah cikgu... kita tuisyen lagi.. (padahal die kat puchong, saya kat bangi) alahai murid-murid ku sayang... heee cikgu sayang kamu tahu.. semakin kamu ingin belajar.. lagi la cikgu ingin belajar... hee 

Murid-murid pemulihan pula.. alahai manja sangat... kawan saya kata, budak2 pijak kepala sebab saya selalu bagi muka.. tapi saya suka.. melayan budak-budak ni bercerita... beberapa orang murid pemulihan yang saya jumpa ada masalah dengan keluarga.. mereka bukannya tak pandai cuma masalah keluarga telah membebankan pemikiran mereka.. kesian.. kecil2 dah kena hadapi semua tu... jadi, cikgu2 pemulihan la tempat mereka meluah perasaan. Tapi takpe.. saya suka... :)

Cikgu Sayang Kamu Anak-anak ku... :)
Belajarlah Rajin-rajin ye... :)