Thursday, December 30, 2010

Kisah Rama-rama

“Kisah ini adalah mengenai seorang saintis yang begitu asyik memerhatikan kepompong. Didapatinya, si anak kupu- kupu nih susah payah bergelut untuk keluar dari kepompongnya.Atas rasa kasihan, si saintis tadi pun memotong bucu kepompong untuk memudahkan anak kupu kupu tadi keluar.

Maka, anak kupu-kupu itu pun merangkak keluar. Kelihatan kepaknya kecut dan badannya kecil.Saintis tersebut menunggu dengan harapan kepak anak kupu-kupu tersebut akan mengembang dan badannya akan membesar,tetapi sangkaannya meleset sama sekali. Kupu-kupu tersebut telah menjadi cacat seumur hidup dah tidak mampu terbang di udara seperti kupu-kupu yang lain.
Apa yang tidak diketahui saintis tersebut, pergelutan bagi kupu-kupu itu adalah satu perencanaan Allah S.W.T agar cecair didalam badannya mengalir ke seluruh kepak, lantas mengembangkan kepaknya dan memperkukuhkan binaannya. Begitu juga hidup kita,kekadang pergelutan,perjuangan dan usaha gigih diperlukan agar kita berjaya dan kuat dalam menempuh kehidupan. Sekiranya Allah S.W.T memberikan kehidupan tanpa perjuangan, pergelutan, dugaan dan cabaran, nescaya setiap kita akan gagal dalam kehidupannya. Kita akan menjadi cacat seperti kupu-kupu tersebut...

Subhanallah......Ya Allah...Engkau Maha Agung..

Pengajaran di sini...kehidupan ini tidak semuanya indah namun kita perlu teruskan hidup demi menuju keredhaan Ilahi di akhirat nanti.....dengan itu,apapun yang terjadi jika kita selalu ingat tentang janji Allah kepada orang2 yang bersabar.....hidup ini akan menjadi tersangat INDAH.... 


Wanita dan Rama-rama


Lihatlah rama-rama, ia cantik. Apabila pandangan kita dihiasi rama-rama, kita menjadi suka dan ceria. Hampir semua orang akan tersenyum melihat rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Seindah mana pun bunga tanpa rama-rama mahu hinggap di situ, tentu ada sesuatu yang tidak kena.

Cubalah tangkap dan pegang rama-rama itu dengan sayapnya. Lihat apa yang melekat di jari anda – warna dan corak rama-rama itu telah berpindah ke jari-jari anda. Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tapi lebih terbuai oleh angin. Siapa pun yang akan menangkapnya kembali tidak tertarik padanya lagi. Harganya telah tiada untuk dikagumi, disimpan mahukan diawetkan.

Rama-rama ibarat wanita. Ia indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan-tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya. Memang fizikalnya tiada apa-apa yang kurang, tapi harga diri dan maruah telah mula tercemar.
Begitulah wanita. Ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa corak-corak indah, apabila corak-corak itu telah pudar ia tidak dipedulikan lagi. Harga rama-rama terletak pada warna dan coraknya; harga wanita terletak pada apakah tubuhnya masih tulen tatkala dia didampingi oleh suaminya.

Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan hidupnya. Dia terpaksa membebaskan diri daripada kepompong. Bukan mudah untuk keluar daripada kepompong yang mengikat itu. Sedangkan sepanjang berada di dalam kepompong tiada siapa pedulikannya, malah tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci.
Sulitnya untuk akhirnya bergelar rama-rama. Terpaksa melalui kitaran dan evolusi bentuk. Daripada sesuatu yang menjijikan akhirnya bertukar menjadi sesuatu yang amat menyenangkan. Rama-rama adalah contoh terbaik wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka. Sewaktu anda dipuja, usah terlalu mabuk sebaliknya kenang-kenang kehidupan serba susah sebelum itu. Sewaktu anda digoda, dihambat dan dirayu usah terlalu mudah menyerah sebab ingatlah mereka yang bersusah payah memastikan anda dapat bangkit sebagai manusia sempurna hari ini. Anda tidak muncul sendiri, sebaliknya anda adalah lambang pengorbanan ibu bapa.

Usah jadi rama-rama yang di dalam bingkai gambarindah dipandang tetapi diri sendiri menanggung beban. Hiduplah dengan bebas dan terjemahkan kebebasan itu kepada nilai-nilai murni yang perlu dipertahankan. Hak anda ialah memelihara kehormatan. Selama mana anda memelihara kehormatan dan maruah diri anda berada pada terbaik, sebaik sahaja anda tidak peduli kepada siapa maruah itu hendak diberikan, anda sudah kehilangan masa depan.

Kalaulah rama-rama tahu dia cantik dan sentiasa memukau penglihatan manusia, dia tentu tidak mudah-mudah terbang ke sana sini. Sebab setiap kali ia mengibarkan sayapnya, ia sentiasa terdedah pada bahaya. Namun rama-rama tidak pernah tahu dia itu indah dan sentiasa menjadi sasaran manusia. Jika anda tidak pernah tahu kewanitaan anda itu adalah sasaran terpenting sang penceroboh, anda ibarat rama-rama yang tidak sedar diintai bahaya.
Mahalkan harga diri anda. Semakin sukar anda dimiliki semakin mahal nilai anda di sisi lelaki. Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki tetapi tidak mahu setia apalagi memelihara dan melindungi anda.

Usah terperangkap ke dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna-warna anda. Setelah warna-warna itu hilang anda dibiarkan. Jadilah wanita angun yang punya nilai dan maruah diri, anda akan lebih dihormati.

Nilai anda bukan terletak pada berapa ramai lelaki yang ingin memiliki anda tetapi berapa ramai yang benar-benar sanggup menyintai anda. Cinta itu terjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang penuh ikhlas. Selama mana anda belum menemuinya anggaplah diri anda masih berhak terbang bebas bagaikan sang rama-rama.

Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam, jadilah wanita yang membanggakan semua orang.

Nukilan Dr HM Tuah Iskandar al-Haj.

Award dari Twin


Thanks buat Twin saya... 
(da dapat lame tp baru nak service blog ni balik selepas sekembalinya dari cuti yang panjang... hehe)

soalan drpd pemberi award dan jawapan drpd penerima award:

1. berikan gelaran kepada pemberi award:


2. ucapan kepada pemberi award:
thanks wa.... tapi belum dpt tanding blog wa ag la.... :) hehe
jadi protege wa, bleh tak... ??

3. tag 3 orang rakan blogger anda:
Attoae
Teman Hati 


Friday, December 10, 2010

SOMEONE IS COMING

Semalam, pas Isyak, saje lepak2 ngan family kat ruang tamu..sambil tonton TV
abah ngan adik za tengok2 Hphone za..ape y ditengok pn tataw la.. huhu

die kata "someone is coming"....
za tanyer.. saper??

"my son-in-law"

pastu abah gelak jer... h0h0
the end...

SOMEONE IS COMING

Sunday, November 14, 2010

5A UPSR

yesterday, i got a msg from a student of SKKetereh... the place where i went for my 2nd PBS... hehe..
this is her text msg...
"Salam Ustazah, ni Yasmin, sy ada berita bagus. sy dapat 5A dlm UPSR. sy harap ustazah pun berjya mengecapi impian ustazah. Amin.... "
Yasmin ni student djah 6 masa PBS k2 za...  tak penah lak relief kelas djah 6 tapi masa last day kat sekolah tu... n dapat kad raya dr Yasmin... gembira campur tekejut...hik3
"Ustazah doakan Yasmin berjaya dunia akhirat... " :)

Yasmin adalah antara yang panggil za ngan panggilan USTAZAH... walaupun saya hanya perkenalkan ngan nama CIKGU... emm, mungkin sebb penampilan saya kot... apa2 pun... saya tak kisah... :)

Haa... My niece, Anis Aqilah juga dapat 5A... :)

Semoga Berjaya dunia akhirat dears...




Cahaya Hati


Penyanyi :Opick
Allah Engkau dekat
Penuh kasih sayang
Takkan pernah engkau biarkan
Hamba-Mu menangis

Kerna kemurahan-Mu
Kerana kasih sayang-Mu

Hanya bila diri-Mu
Ingin nyatakan cinta
Pada jiwa-jiwa
Yang rela dia kekasih-Mu

Kau yang slalu terjaga
yang memberi segala

Allah Rahman, Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qolbi
Allah Rahman, Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qolbi

Disetiap nafas disegala waktu
Semua bersujud memuji memuja asma-Mu

Kau yang slalu terjaga
Yang memberi segala...

Allah Rahman, Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qolbi
Allah Rahman, Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qolbi

Setiap makhluk bergantung pada-Mu
dan bersujud semesta untuk-Mu
Setiap wajah mendamba cinta-Mu cahya-Mu

Allah Rahman, Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qolbi
Allah Rahman, Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qolbi

Ya Allah Ya Romah Ya Allah 

Saturday, November 13, 2010

25 things about XAR

sila baca ni dulu:"once you have been tagged,you are supposed to write a note with 25 random,things,facts or goal about you.at the end,choose 5 people to be tagged.you have to tagged the person who tagged you.if i tag you,its because i want to know more about you."


okey... sebgai permualaan blog baru ni... i'll state 25 things about me... za ditagged oleh my twin....ATIAQIATINA... :)


let's find out..these are the 25's :


  1. Nama penuh saya Siti Zareha binti Azahari. Kawan2 panggil saya  dengan nama Za, Eha, Reha, Zariiiha, Zareh pun ade gak… ishk3… ade panggil Kak Eha, Kak Za, Akak….hihi… erm… dulu pnah ade kawan yang panggil saya ngan nama Hime… ade gak yang panggil Himawari… haish…. :P haa,… yang paling saya ingat bila kat sekolah, murid-murid panggil Cikgu Siti dan ade gak yang panggil ‘Ustazah’… huhu segan betul saya…
  2. Tarikh lahir 20.09.1989…. haa saya lahir pukul 6.45 pagi… lau nak wish bday, tunggu 645pagi la… hihiihii.. pada 20.09.2009 adalah hari pertama Raya Puasa pada tahun lepas…. Gembira sangat.. ase nak menangis… terharu… Orang boleh kata yang itu cuma kebetulan jer.. tapi bagi saya tu adalah perancangan hebat dari-Nya… Allahuakbar… J
  3. Saya dan cinta….haaa banyak citer… hehehe… apa orang nak kate, saya tak kisah… saya dah cuba buat yang terbaik untuk diri saya… insyaAllah… saya letakkan ‘In Relationship’ kat Fb bukan nyer nak bangga2… saya cuma tanak ada orang ganggu saya lagi.. sbb saya dah berpunya…  hee~
  4. About family saya, saya anak ke6 dari 8 adik beradik… 4laki 4 ppuan… fair… hehehe.. saya bongsu pompuan… agak2 manja ngan family… bila fon family, orang kate saya fon boyfren… sbb: hehehe faam2 ajer… tapi, saya tegas taw.. hak3… saya tak garang, saya tak banyak cakap tapi saya suka senyum… J
  5. Haa,… martial art, saya da belaja Silat Gayung Malaysia… haiyaa….kkk… hehe… Silat Gayung Pattani pun ade gak mase sek men dulu… Saya da minat PSSGM masa sekolah rendah ag… dak2 laki suka usik2 saya.. huhu apa saya bagitau mereka… haaa, masuk la kalow berani… saya eksyen je mcm nak bersilat tp saya tak tau ap pun… hihi.. diorang pun tak berani sbb abg sy jurulatih silat… abang saya tanak ajar saya, die suh sy amik jurulatih lain… huhu sedey.. my family, ramai y pesilat, adik saya pun pesilat gak…n now, I learn Taek Won Do… saya nak berdikari… saya harap dengan ilmu yang sikit ni saya dapat pertahankan diri dalam apa jua situasi nanti… nanti nak jadi super mummy….hehe my future hubby, jangan isow, I will take a good care of our kids…. Hihihi
  6. I love music.. dulu, buku yang paling saya syg ms sekolah rendah adalah buku Muzik… dalam buku tu saya lukis2, kaler2, balut, sebb sygg….sgt… hehe bila waktu muzik, saya suka Recorder… sbb terlalu minat nak main tu, abah belikan satu, Yamaha.. ingat ag… gembira sgt… kat umah, bukak buku, cuba main sendiri…. Hehe kat sekolah, dah bleh main da…. Sbb kat umah dah prektis… wee~ skang, I join Pekomperi Traditional Orchestra kat IPIS… best… hehe saya skang da minat nak main piano plak… haa… bila ade duit nanti saya nak beli keyboard dulu… ade duit banyak baru beli piano… hihi nak ajar anak2 saya main piano la nanti… hihi (angan2 jer, hop jadi kenyataan).. buat my future hubby, saya nak mainkan lagu2 romantik bila da kawen nanti….waaaaa….. hehe
  7. Buah yang saya suka makan ialah pisang, tembikai susu, ngan betik…… haish… jangan bagi saya ngadap buah2 tu… saya boleh habiskan ianya sekelip mata… hahhahaha… sebenanya banyak ag buah y sy suka makan, tapi y tertulis tu adalah antaranya…. Hehe
  8. Masa kecik2, saya sekolah kat tadika kemas Gondang, n den, Sekolah Kebangsaan Gondang, da besar sket, saya dapat tawaran MRSM Kuala Krai ngan Sekolah Agama Naim Lilbanat…. Tapi, saya ikut kata family… saya kan kecik ag, mana taw pk hal2 orang dewasa ni… ikut jer la… hehe tapi, daftar MRSM 18/3 sebb MRSM baru je bukak… hampir 3 bulan saya study kat SMK Pangkal Kalong… di sini la saya belajar PSSGM… n den, saya masuk MRSM smpai la Form5.. after dat, saya dapat offer Matrix Penang.. 10 months at Penang, saya dapat offer Utem, dan IPIS… saya ikut kata mak ayah… saya masuk IPIS… IPIS sangattt best…. J saya tak menyesal dapat IPIS…
  9. Bila pegi tandas, saya suka basahkan kaki, tapi, saya tak suka selipar saya basah… huhu pelik kn… bila da basahkan kaki, 4 sure, selipar pun basah gak… haish…. Tabiat pelik saya… huk3
  10. Saya susah nak study bila tengok bilik cam bersepah…. Haish… saya salu nak kemas2 dulu, pegi basuh baju dulu, kemas meja dulu… baru saya ase senang ati nak study… mesti take a time nak siapkan sume2 tu kan… tp, tak kisah, asal saya selesa….hehe (tp bila time malas saya, saya  tak kisah pun.. hahaha)
  11. Sangat suka Mickey…. Sangat3… hehe saya baru je beli Patung Mickey ngan Minnie ngan saiznyer sedap2 peluk (besar gak la)… hehe satu saya amik, satu lagi saya bagi rumet saya… bertuah kan die…. Hihi td baru je lepas beli mickeywatch... best2.. hehe
  12. Suka makan dan suka mengunyah... hahaha
  13. Kalow saya cakap, saya ada twin, nama Siti Zaleha, ada orang percaya…. Hihi saya nak sangat ade twin… tak pun teringin nk anak twin… gagaga~ angan2 je sume tu… tapi, saya ada twin kat UIA… nama Nurul Amizatul Azwa… haa… walau mak ayah lain tapi  kitorang kongsi datu darah… darah O…bak kata Nabil, Darah O darah pemimpin… hehe
  14. Saya sukakan warna merah… sangat2 suka… Nampak garang, kn.. tapi tu hanya luaran je… saya lembut hati… hik3 anything wane merah, saya suka….. J tapi, warna lain pun saya suka juga…
  15. Saya sangat suka kan baby kecik comel2 ngan kucing…. Tapi, bila depan orang ramai, dan baby tu bukan sedara2 dekat saya mahupun family saya, saya jadi janggal nak pegang n jaga… huhu sama la kalow kucing, saya akan peluk dan cium hidung kucing sayer jer…. saya tanak kucing orang lain… hehehe
  16. Masa sekolah saya penah gaduh ngan budak laki kelas saya kat padang sekolah..(Maknya Cikgu kelas saya ; Tahun Dua).. penah tercabut poket baju sekolah, butang tetanggal… huhu sian ngat kat die… ganas betul saya ni… saya tak kisah… sape suh ejek saya…. Bila abes waktu rehat, saya da takut nak masuk kelas ag da… hehe seb bek die tak repot kat mak die… h0h0h0
  17. Dulu, saya ade ramai kawan laki… saya lebih suka kawan ngan laki y da ade makwe… atas sebab, mereka takkan jatuh ati ngan saya ag da.. mereka da ade makwe.. jadi saya lebih selesa begitu… tapi, sumenyer berubah lepas saya kenal seseorang ni… dia buat saya ubah persepsi ni… dan sekarang, saya tanak berkawan ngan laki yang da ade gosip2 die ngan sape2… saya takut.. saya takut saya jadi orang ketiga.. saya benci bila orang kata saya perampas… sebb tu saya sanggup korban perasaan… takpe.. saya tak kisah… jodoh Allah yang tentukan… dan sekarang, saya da jarang kontek ngan kawan2 laki… maaf yer kawan2.. saya da jadi kurang selesa ngan lelaki… tapi, saya masih sayang kawan2 saya.. J
  18. Saya bukan seorang yang pemarah… hai.. macam ne nak jadi cikgu ni.. nt kena buli ngan anak murid la… hehe tapi, takpe… saya nak anak murid sayang saya atas siapa saya sebenarnya.. tanak hipokrit.. h0h0
  19. Ramai yang suka ngan senyuman saya… hak3 klaka kn…. Manis cane, saya pun tataw… saya rasa gembira bila orang kata ma abah bertuah dapat saya, sejuk mata memandang… haaa za, jangan takbur… astaghfirullah… tapi, saya cuba nak buat yang terbaik untuk ma abah….
  20. Saya bakal Cikgu Pemulihan kat sekolah nanti… Kalow kat Oversea, cikgu pemulihan semuanya da professor… huhu susah nak jaga budak2 ni.. lau nak taw, cuba la jadi cikgu pemulihan.. sgt mencabar… hehe
  21. Tade orang tahu, saya sangat suka modelling… hoho saya penah masuk pertandingan busana muslimah… hehe (bia la kan… sume pompuan….praktis ntuk sesok) lalala~ nak berdandan ntuk suami jer… weee~
  22. Saya sangat2 tak pandai nak make up sdri…. Huhuhu kadang2 tak pakai bedak langsung bila g kelas…. Lecturer cakap muka saya salu pucat… h0h0 saya sangat teringin lihat saya after makeover…. Cane la yer…. (sayer tak sempat tengok muka saya masa busana ari tu, kwn saya ade make up sket)
  23. Saya sangat gembira dengan kehadiran si dia d cc... hehe 
  24. Motivasi diri saya : hormat mak ayah bukan takut mak ayah… haa…. Saya sayang mak ayah saya dengan cara saya kawal pergaulan saya, aurat saya, percakapan saya… saya akan cuba yang terbaik… saya tanak sebab saya, mak ayah terseret ke neraka… dosa kita dosa mak ayah kita… huhu abah, ma… maafkan lakuan anakmu ini…. Halalkan dunia akhirat… sayang kamu berdua…
  25. Motivasi diri saya 2 : bila saya sendirian, saya lihat tangan saya, saya lihat diri saya, saya fikir, siapa yang hidup dalam tubuh saya ni… saya tengok lagi… saya lah… siapa lagi… ya Allah… saya ingat saya cuma tengok Siti Zareha yang melakukan semuanya dari bangkit tidur hingga tidur kembali… rupanya diri saya sendiri… ya Allah… banyak nya dosaku pada-Mu ya Allah… Ampuni daku ya Allah…. Saya lah pelakon di pentas dunia ini…. Pelakon yang terlalu banyak dosanya… pelakon yang selalu tersasar dari landasan iman… ya Allah… bantulah hamba-Mu ini… semoga setiap perbuatan dan perlakuan yang dilakukan berada di bawah rahmat-Mu ya Allah…. Ingat mati…..hmm….


i choose :
teman hati saya
kak ros