Setelah sekian lama menyepi di laman blog. InsyaAllah saya akan kembali aktif. :)
Jom Lawat Page : Jamu Susuk Dara - Queenherbs Team
“SUSUK DARA” mmg bukan setakat menarik, bagus dan berkesan. malah tiada tandingannya. TIADA DI PASARAN LUAR. FORMULA MASIH TERKAWAL DAN MASIH RAHSIA****Tidak sesuai untuk wanita faraj jenis kering ( sewaktu bjimak memerlukan pelincir x boleh mggunakan mana2 jenis herba susuk ini)
1- barang kita betol2 asli dan kaw!
2- tak ada bahan campuran seperti tepung mahupon kanji yang boleh menggemokkan utk tujuan keuntungan.
3- sikit pon tak ada bahan pengawet.
4- susah nak buat bahan herba susah cari dan limited tu sbb kos rempah herba mmg mahal sbb barang susah nak cari. ini bukan main2 punya. ini btol2 pure punya.
PRODUK SUSUK DARA ~ Semuanya kat sini tak ada penggunaan kuasa sihir atau black2 magic. semuanya herba tulen semata2 dan tiada bahan pengawet. Rahsia warisan sejak tahun 1850an.
Showing posts with label [h] [i] [d] [u] [p]. Show all posts
Showing posts with label [h] [i] [d] [u] [p]. Show all posts
Saturday, February 15, 2014
Friday, May 17, 2013
Al Kisah Doa Qunut
Assalamualaikum...
Semalam Hari Guru... jadi Za nak ambil kesempatan nak ucapkan Selamat Hari Guru buat semua guru di Malaysia.... hee~ Za masih lagi guru praktikal...
Ada kisah yang Za nak kongsikan yang diambil sepanjang Za menjadi guru praktikal. Kisahnya bermula begini......
Pada suatu pagi.... Za perlu ganti kelas Tahun 5. Za masuk kelas macam biasa... tapi... Mereka memang sangat-sangat-sangat nakal terutama lelaki.. Za dah cuba buat segarang mungkin tapi semua tu tak ada kesan langsung pada murid... Budak-budak perempuan semuanya baik-baik je... heee Za pun ke belakang kelas. Saja nak duduk bersama budak-budak laki tu..
Za tanya, "pagi tadi semua solat subuh/"...
Mereka jawab.. "Solat"....
Za tanya budak yang palinggg nakal dalam kelas tu.. sebab Za nampak dia yang kuat membuli kawan2 dia..
"Haaaaa~ Cuba baca doa qunut, cikgu nak dengar... hee~"
"Cikgu, qunut panjang ke qunut pendek?" (Hmmm dah agak budak ni akan jawab macam ni)
"Qunut yang betul2 punya"
"Saya baca qunut panjang la cikgu ye... Qunuuuuuuuutttttt (sambil buat muka)."
"Haaa~ ni solat subuh ke tak pagi tadi ni, kalau solat mesti taw baca doa qunut....?" (saja perangkap budak)
Lepas tu, ada seorang budak ni (mangsa buli budak nakal) jawab Za.
"Cikgu, saya tau baca doa qunut. (Dia baca sampai habis)."
"Alhamdulillah, haaa~ sekarang kamu pula baca (sambil tuju kepada murid lain yang lebih kurang nakal macam budak tadi)."
"Allahumahdinifimanhadait,........... (boleh baca tapi sekat2, tapi tak apa.. Alhamdulillah... sekurangnya dia berusaha nak baca)
Lepas tu, za tuju balik pada budak nakal tadi,..
"Haaa~ kawan2 awak boleh je baca, sekarang awak baca..."
"Cikgu,... errrr tatau la cikgu..."
"Ok, sekarang ikut cikgu baca......(doa qunut)"
"Awak ni nakal sangat, suka buli orang, kalau awak boleh baca doa qunut, cikgu respek awak, tapi kalau tak boleh... awak ni takdelah hebat sangat..... (saja psiko budak...heee~)
Budak tu nampak diam sikit.. dah tak buat nakal dalam kelas masa tu... mungkin terkedu sebab budak yang selalu dibuli tu boleh baca, dia pulak nakal tapi doa qunut pun tataw... atau mungkin sebab dia fikir dia tak lah hebat sangat sebab ada perkara yang dia masih belum tau..
"Takpe, lepas ni hafal, dan jangan tinggal solat subuh ye... :) , haa~ nanti kalau terserempak ngan cikgu, cikgu tanya lagi".
"Ok cikgu"
Lepas kejadian tu, tiap kali terserempak ngan murid tu Za akan kejar dia sampai dapat dan suruh dia baca doa qunut... Selagi dia tak dapat, Za akan tolong bacakan dan dia ikut. Sampaikan dia panggil Za dengan gelaran "Ustazah Qunuuutttt". Tak kisahlah janji budak dapat hafal.. Tapi Alhamdulillah.. murid tu akhirnya dapat gak baca walau tersekat2.. Kadang-kadang terfikir, tak kisah pun murid nak panggil apa, tapi asalkan bila nampak kita, dia akan teringat akan sesuatu.. Za harap dia akan sentiasa baca doa qunut dengan betul dan tak tinggal solat lagi...
Sekian.... Alkisah Doa Qunut.. Ustazah Qunutttt.... heee~
(Kenangan Praktikum di Sekolah Kebangsaan Saujana Impian)

Doa Qunut dan Terjemahan |
Labels:
[h] [i] [d] [u] [p],
GURU,
XAR
Wednesday, October 3, 2012
September 20
1989 - budak comel lahir kedunia... hik3
2009 - 20.09.2009 (Hari Lahir / 1 Syawal)
2011 - Sambutan pertama kali setelah bergelar tunangan orang...
2012 - Sambutan pertama kali setelah bergelar ISTERI Mohd Amri.. ngee~
2013 -> misteri
(sekarang dah berumur 23 tahun.. umur meningkat... ajal semakin dekat.... semoga dapat bertemu kekasih abadi.... Ya Allah... semoga dapat beramal dengan lebih kuat sebagai bekalan di akhirat kelak..... )
Wednesday, July 4, 2012
How I Love My Husband :)
Jaga Auratmu Wahai Muslimat.... :) (ingatan diri yang hina) |
"abe, buleh dok nok paka gini,... napok aurat dop?"
"Alhamdulillah.... comeinyo istri abe,... sapo kato paka baju ketat jah napok comei... baju longgar pn napok manihh sangat,... bertuoh nyo abe,... "
"terima kasih abe,... " sekuntum senyum dihadiahkan kepada suami tercinta...
Baju dah longgar, tak jarang,... tudung tutup dada,... stoking?? hmmm.... malas lah nak pakai,... (monolog)
"Astaghfirullah...... kalau aku keluar tanpa menutup aurat yang sempurna,... selangkah kaki suamiku dah ke neraka.... Aku menjadi penyebab suami payah ke syurga.... Ya Allah.. betapa bersalahnya aku,.... "
- seorang lelaki akan menanggung dosa ibu, isteri, anak perempuan dan saudara perempuannya kelak.... dihisab amalannya....
Rugilah kita sebagai muslimat untuk tidak menutup aurat.. bukan sahaja menjadi dosa di akhirat kelak, malah menjadi penyebab bapa, suami, anak lelaki, dan saudara lelaki susah untuk bertemu syurga di akhirat kelak....
My Dear Hubby, aku mencintaimu,... Aku tak sanggup membiarkan dirimu dibakar api neraka disebabkan kesalahanku,....
Memetik kata-kata Ustazah Fatimah Syarha : kita tidak akan merasa nikmat senang sekiranya kita tidak pernah susah,.. sama juga kita takkan dapat merasa nikmat syurga kalau kat dunia tak pernah susah...
Ayang tak kisah tak cantik di mata manusia, asalkan cantik di mata abang dan Allah..... :)
Dari yang amat mencintaimu,....
xar
xar
Wednesday, May 23, 2012
GUEST BOOK
Tuesday, May 22, 2012
Surat Cinta Buat Bakal Suami :)
♪♫•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•♫♪♪♫•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•♫♪
Pernikahan atau Perkawinan,
Menyingkap tabir rahsia …
Isteri yang kamu nikahi,
Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setaqwa Aisyah,
Pun tidak setabah Fatimah …
Justru Isteri hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita, Menjadi solehah …
Pernikahan atau Perkawinan,
Mengajar kita kewajiban bersama …
Isteri menjadi tanah, Kamu langit penaungnya,
Isteri ladang tanaman, Kamu pemagarnya,
Isteri kiasan ternakan, Kamu gembalanya,
Isteri adalah murid, Kamu mursyid (pembimbing)-nya,
Isteri bagaikan anak kecil, Kamu tempat bermanjanya ..
Saat Isteri menjadi madu, Kamu teguklah sepuasnya,
Seketika Isteri menjadi racun, Kamulah penawar bisanya,
Seandainya Isteri tulang yang bengkok, Berhati2lah meluruskannya …
Pernikahan atau Perkawinan,
Menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa …
Untuk belajar maeniti sabar dan redha,
Kerana memiliki Isteri yang tak sehebat mana,
Justru kamu akan tersentak dari alpa,
Kamu bukanlah Muhammad Rasulullah atau Isa As,
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamaullahhuwajah,
Cuma suami akhir zaman, yang berusaha menjadi soleh
♪♫•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•♫♪♪♫•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•♫♪
reserved by : Mohd Amri |
![]() |
moga kita dapat menjadi pasangan soleh dan solehah.... sayang abg! credit to: Mohd Amri Che Ibrahim :) |
Sunday, August 14, 2011
Dia & Rama-rama
Lihatlah rama-rama, ia cantik. Apabila pandangan kita dihiasi rama-rama, kita menjadi suka dan ceria. Hampir semua orang akan tersenyum melihat rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Seindah mana pun bunga tanpa rama-rama mahu hinggap di situ, tentu ada sesuatu yang tidak kena.
Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan hidupnya. Dia terpaksa membebaskan diri daripada kepompong. Bukan mudah untuk keluar daripada kepompong yang mengikat itu. Sedangkan sepanjang berada di dalam kepompong tiada siapa pedulikannya, malah tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci.Sulitnya untuk akhirnya bergelar rama-rama. Terpaksa melalui kitaran dan evolusi bentuk. Daripada sesuatu yang menjijikan akhirnya bertukar menjadi sesuatu yang amat menyenangkan.
Cubalah tangkap dan pegang rama-rama itu dengan sayapnya. Lihat apa yang melekat di jari anda,warna dan corak rama-rama itu telah berpindah ke jari-jari anda. Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tapi lebih terbuai oleh angin. Siapa pun yang akan menangkapnya kembali tidak tertarik padanya lagi. Harganya telah tiada untuk dikagumi, disimpan mahukan diawetkan.
Namun rama-rama tidak pernah tahu dia itu indah dan sentiasa menjadi sasaran manusia. Jika anda tidak pernah tahu kewanitaan anda itu adalah sasaran terpenting sang penceroboh, anda ibarat rama-rama yang tidak sedar diintai bahaya.Mahalkan harga diri anda. Semakin sukar anda dimiliki semakin mahal nilai anda di sisi lelaki. Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki tetapi tidak mahu setia apalagi memelihara dan melindungi anda.
Rama-rama adalah contoh terbaik wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka. Sewaktu anda dipuja, usah terlalu mabuk sebaliknya kenang-kenang kehidupan serba susah sebelum itu. Sewaktu anda digoda, dihambat dan dirayu usah terlalu mudah menyerah sebab ingatlah mereka yang bersusah payah memastikan anda dapat bangkit sebagai manusia sempurna hari ini. Anda tidak muncul sendiri, sebaliknya anda adalah lambang pengorbanan ibu bapa.Usah jadi rama-rama yang di dalam bingkai gambar, indah dipandang tetapi diri sendiri menanggung beban. Hiduplah dengan bebas dan terjemahkan kebebasan itu kepada nilai-nilai murni yang perlu dipertahankan. Hak anda ialah memelihara kehormatan. Selama mana anda memelihara kehormatan dan maruah diri anda berada pada terbaik, sebaik sahaja anda tidak peduli kepada siapa maruah itu hendak diberikan, anda sudah kehilangan masa depan.
Cinta itu terjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang penuh ikhlas. Selama mana anda belum menemuinya anggaplah diri anda masih berhak terbang bebas bagaikan sang rama-rama.Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam, jadilah wanita yang membanggakan semua orang.
Artikel dari: www.iluvislam.com
Gubahan: Cik Ha
Thursday, December 30, 2010
Kisah Rama-rama
“Kisah ini adalah mengenai seorang saintis yang begitu asyik memerhatikan kepompong. Didapatinya, si anak kupu- kupu nih susah payah bergelut untuk keluar dari kepompongnya.Atas rasa kasihan, si saintis tadi pun memotong bucu kepompong untuk memudahkan anak kupu kupu tadi keluar.
Maka, anak kupu-kupu itu pun merangkak keluar. Kelihatan kepaknya kecut dan badannya kecil.Saintis tersebut menunggu dengan harapan kepak anak kupu-kupu tersebut akan mengembang dan badannya akan membesar,tetapi sangkaannya meleset sama sekali. Kupu-kupu tersebut telah menjadi cacat seumur hidup dah tidak mampu terbang di udara seperti kupu-kupu yang lain.
Apa yang tidak diketahui saintis tersebut, pergelutan bagi kupu-kupu itu adalah satu perencanaan Allah S.W.T agar cecair didalam badannya mengalir ke seluruh kepak, lantas mengembangkan kepaknya dan memperkukuhkan binaannya. Begitu juga hidup kita,kekadang pergelutan,perjuangan dan usaha gigih diperlukan agar kita berjaya dan kuat dalam menempuh kehidupan. Sekiranya Allah S.W.T memberikan kehidupan tanpa perjuangan, pergelutan, dugaan dan cabaran, nescaya setiap kita akan gagal dalam kehidupannya. Kita akan menjadi cacat seperti kupu-kupu tersebut...
Subhanallah......Ya Allah...Engkau Maha Agung..
Pengajaran di sini...kehidupan ini tidak semuanya indah namun kita perlu teruskan hidup demi menuju keredhaan Ilahi di akhirat nanti.....dengan itu,apapun yang terjadi jika kita selalu ingat tentang janji Allah kepada orang2 yang bersabar.....hidup ini akan menjadi tersangat INDAH....

Wanita dan Rama-rama
![]() |
Lihatlah rama-rama, ia cantik. Apabila pandangan kita dihiasi rama-rama, kita menjadi suka dan ceria. Hampir semua orang akan tersenyum melihat rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Seindah mana pun bunga tanpa rama-rama mahu hinggap di situ, tentu ada sesuatu yang tidak kena.
Cubalah tangkap dan pegang rama-rama itu dengan sayapnya. Lihat apa yang melekat di jari anda – warna dan corak rama-rama itu telah berpindah ke jari-jari anda. Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tapi lebih terbuai oleh angin. Siapa pun yang akan menangkapnya kembali tidak tertarik padanya lagi. Harganya telah tiada untuk dikagumi, disimpan mahukan diawetkan.
Rama-rama ibarat wanita. Ia indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan-tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya. Memang fizikalnya tiada apa-apa yang kurang, tapi harga diri dan maruah telah mula tercemar.
Begitulah wanita. Ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa corak-corak indah, apabila corak-corak itu telah pudar ia tidak dipedulikan lagi. Harga rama-rama terletak pada warna dan coraknya; harga wanita terletak pada apakah tubuhnya masih tulen tatkala dia didampingi oleh suaminya.
Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan hidupnya. Dia terpaksa membebaskan diri daripada kepompong. Bukan mudah untuk keluar daripada kepompong yang mengikat itu. Sedangkan sepanjang berada di dalam kepompong tiada siapa pedulikannya, malah tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci.
Sulitnya untuk akhirnya bergelar rama-rama. Terpaksa melalui kitaran dan evolusi bentuk. Daripada sesuatu yang menjijikan akhirnya bertukar menjadi sesuatu yang amat menyenangkan. Rama-rama adalah contoh terbaik wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka. Sewaktu anda dipuja, usah terlalu mabuk sebaliknya kenang-kenang kehidupan serba susah sebelum itu. Sewaktu anda digoda, dihambat dan dirayu usah terlalu mudah menyerah sebab ingatlah mereka yang bersusah payah memastikan anda dapat bangkit sebagai manusia sempurna hari ini. Anda tidak muncul sendiri, sebaliknya anda adalah lambang pengorbanan ibu bapa.
Usah jadi rama-rama yang di dalam bingkai gambar – indah dipandang tetapi diri sendiri menanggung beban. Hiduplah dengan bebas dan terjemahkan kebebasan itu kepada nilai-nilai murni yang perlu dipertahankan. Hak anda ialah memelihara kehormatan. Selama mana anda memelihara kehormatan dan maruah diri anda berada pada terbaik, sebaik sahaja anda tidak peduli kepada siapa maruah itu hendak diberikan, anda sudah kehilangan masa depan.
Kalaulah rama-rama tahu dia cantik dan sentiasa memukau penglihatan manusia, dia tentu tidak mudah-mudah terbang ke sana sini. Sebab setiap kali ia mengibarkan sayapnya, ia sentiasa terdedah pada bahaya. Namun rama-rama tidak pernah tahu dia itu indah dan sentiasa menjadi sasaran manusia. Jika anda tidak pernah tahu kewanitaan anda itu adalah sasaran terpenting sang penceroboh, anda ibarat rama-rama yang tidak sedar diintai bahaya.
Mahalkan harga diri anda. Semakin sukar anda dimiliki semakin mahal nilai anda di sisi lelaki. Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki tetapi tidak mahu setia apalagi memelihara dan melindungi anda.
Usah terperangkap ke dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna-warna anda. Setelah warna-warna itu hilang anda dibiarkan. Jadilah wanita angun yang punya nilai dan maruah diri, anda akan lebih dihormati.
Nilai anda bukan terletak pada berapa ramai lelaki yang ingin memiliki anda tetapi berapa ramai yang benar-benar sanggup menyintai anda. Cinta itu terjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang penuh ikhlas. Selama mana anda belum menemuinya anggaplah diri anda masih berhak terbang bebas bagaikan sang rama-rama.
Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam, jadilah wanita yang membanggakan semua orang.
Nukilan Dr HM Tuah Iskandar al-Haj.
Subscribe to:
Posts (Atom)