Saturday, January 7, 2012

Baiti Jannati

Alhamdulillah.. hari ni (6/1/2012), za dan kawan-kawan (Miza, Huda, Mami, Asma) sudah rasmi menghuni rumah sewa ni... hehe dah dua hari sebelum ni bertungkus lumus membersihkan rumah... semoga rumah kami dapt dijadikan syurga pinjaman di dunia. Terima kasih kawan-kawan yang membantu.... :)

Cinta Sahabat

Thursday, October 20, 2011

D.I.E

I want to die with my forehead on the ground

The Sunnah in my heart
Allah on my mind
Quran on my tongue

.
.
.


and tears in my eyes



Saturday, October 8, 2011

Alasan Popular Enggan Tutup Aurat

ALASAN YG PALING POPULAR BG WANITA YG ENGGAN MENUTUP AURAT..
SAMA2 KITA RENUNG2 KAN 


1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke ??  Dik yang pasti, tak tutup aurat, CONFIRM masuk neraka. 

2. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok > Dah lalu lalang depan mata, Suka tak suka kene tengok gak. Adakah kita berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati 
suci & iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan ? 

3. Kami rasa apa yg kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yg memandang kami. > Seksi @ tidak, kita tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut . 

4.Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang & puasa. Kita yakinkah,ibadat kita,puasa kita sudah cukup untuk menjamin kita ke syurga? 

5. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.Anda sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama anda disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik anda. 

6. Apa yg kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan. Berani cakap di dunia, berani ke cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya. 

7.Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)  Sanggup patuh arahan mereka yg hanya manusia daripada patuh suruhan Allah? 

8. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru. Macam ne seru tu. Nasihat yang di beri tu seru ler. Nak seru macam ne lagi.?? Mati tidak mengenal usia. takut kita tak sempat nak bertaubat nanti. 

9. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la. Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jgn ambil lagi nyawa aku. 

10. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya. Kalau begitu anda sebenarnya memang hipokrit . Ikhlas ke tak Ikhlas lain cerita ,yg penting WAJIP buat. 



.
.
.

Sekadar teguran buat diri yg alpa,tanpa terniat untuk menyakiti sesiapa. Teguran menunjukkan tanda sayang orang terhadap kita. Dalam hidup jangan jadikan alasan tu satu halangan. Alasan di beri merupakan halangan dalam hidup kita untuk tidak mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat. Islam Indah dan merupakan kejayaan dalam kehidupan.



Tudung Labuhku

Mencari Diri
Jangan tertipu dengan tudung labuhku kerana itu bukan pengukur iman seseorang. Jangan tertipu dengan tudung labuhku, aku hanyalah seorang muslimah yang masih lagi dalam proses mencari kemilau cahaya Islam sebenar, berusaha menjadi muslimah solehah, tapi bukan bermaksud aku adalah manusia sempurna. Tapi dengan tudung labuhku, aku berusaha mencari redha Allah. -Muslimah-

Tuesday, September 6, 2011

Hari Pertunangan

1 September 2011

za bersama mak abg amri

abg amri bersama abah za

za & amri

 7 hantaran berbalas 9. hantaran ni adalah untuk pihak lelaki.. yang digubah oleh za & my sisters... hehe (bajet murah kalau gubah sendiri...) hehe
kemeja

cincin

cupcakes

grapes

kain 

tuala

pulut semangat

coklat+cekelat...hee

kek

Sunday, August 14, 2011

Dia & Rama-rama


Lihatlah rama-rama, ia cantik. Apabila pandangan kita dihiasi rama-rama, kita menjadi suka dan ceria. Hampir semua orang akan tersenyum melihat rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Seindah mana pun bunga tanpa rama-rama mahu hinggap di situ, tentu ada sesuatu yang tidak kena.

Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan hidupnya. Dia terpaksa membebaskan diri daripada kepompong. Bukan mudah untuk keluar daripada kepompong yang mengikat itu. Sedangkan sepanjang berada di dalam kepompong tiada siapa pedulikannya, malah tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci.Sulitnya untuk akhirnya bergelar rama-rama. Terpaksa melalui kitaran dan evolusi bentuk. Daripada sesuatu yang menjijikan akhirnya bertukar menjadi sesuatu yang amat menyenangkan.



Cubalah tangkap dan pegang rama-rama itu dengan sayapnya. Lihat apa yang melekat di jari anda,warna dan corak rama-rama itu telah berpindah ke jari-jari anda. Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tapi lebih terbuai oleh angin. Siapa pun yang akan menangkapnya kembali tidak tertarik padanya lagi. Harganya telah tiada untuk dikagumi, disimpan mahukan diawetkan.




Namun rama-rama tidak pernah tahu dia itu indah dan sentiasa menjadi sasaran manusia. Jika anda tidak pernah tahu kewanitaan anda itu adalah sasaran terpenting sang penceroboh, anda ibarat rama-rama yang tidak sedar diintai bahaya.Mahalkan harga diri anda. Semakin sukar anda dimiliki semakin mahal nilai anda di sisi lelaki. Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki tetapi tidak mahu setia apalagi memelihara dan melindungi anda. 


Rama-rama adalah contoh terbaik wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka. Sewaktu anda dipuja, usah terlalu mabuk sebaliknya kenang-kenang kehidupan serba susah sebelum itu. Sewaktu anda digoda, dihambat dan dirayu usah terlalu mudah menyerah sebab ingatlah mereka yang bersusah payah memastikan anda dapat bangkit sebagai manusia sempurna hari ini. Anda tidak muncul sendiri, sebaliknya anda adalah lambang pengorbanan ibu bapa.Usah jadi rama-rama yang di dalam bingkai gambar, indah dipandang tetapi diri sendiri menanggung beban. Hiduplah dengan bebas dan terjemahkan kebebasan itu kepada nilai-nilai murni yang perlu dipertahankan. Hak anda ialah memelihara kehormatan. Selama mana anda memelihara kehormatan dan maruah diri anda berada pada terbaik, sebaik sahaja anda tidak peduli kepada siapa maruah itu hendak diberikan, anda sudah kehilangan masa depan.



 Cinta itu terjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang penuh ikhlas. Selama mana anda belum menemuinya anggaplah diri anda masih berhak terbang bebas bagaikan sang rama-rama.Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam, jadilah wanita yang membanggakan semua orang. 

Artikel dari: www.iluvislam.com
Gubahan: Cik Ha


Tuesday, August 2, 2011

t.u.n.a.n.g

ahhaa.... cam kureng je kan post kali ni... hahaha

erm..... tak lame lagi, za akan bergelar tunangan orang... :)

insyaAllah raya puasa ni, kalau tade aral melintang, tade halangan, za bakal ditunangkan dengan Mohd Amri bin Che Ibrahim. 

Za berharap semoga dia menjadi jodoh za dunia akhirat... Amiinn...

tapi, za ase buat kecik2 jer... sebab abang za masih kat hospital... lagipun, persediaan yang dibuat tadela seberapa... wat cukup syarat je... ikut adat.... 

:) LOVE YOU (: